Program Hari Terbuka PI Bogag 2018
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Terbuka PI Bogag 2018 telah diadakan pada hari Sabtu 21 April 2018 bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Seramai 60 orang telah hadir bagi memeriahkan Hari Terbuka PI Bogag bagi tahun 2018 ini yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Hari Terbuka PI ini telah diadakan di Pusat Internet (PI) Bogag dimana ianya perlu dijalankan pada setiap tahun bagi meraikan ahli-ahli PI yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada PI sepanjang tahun.
Hari terbuka PI ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Kg. Bogag iaitu En. Bogeg Anak Nyaon. Selain itu, agensi luar yang turut terlibat dalam program ini adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Bau yang diwakili oleh En. Basri bin Jin, En. Abdul Shymad bin Abdullah dan En. Khairol Muzakir bin Temu. Antara PI berdekatan yang turut sama membantu dan menjayakan Hari Terbuka PI ini adalah PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh, PI Skio dan PI Tanjung Bowang.
Antara acara program yang diadakan adalah Zumba, Pertandingan Penceritaan Secara Digital bagi pelajar sekolah rendah, Pertandingan ICT Explorace, Kelas Keusahawanan (Asas Solekan) untuk golongan wanita, aktiviti mewarna dan menaip terpantas secara atas talian bagi kanak-kanak, Taklimat dan Demostrasi Pemadaman Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Bau, Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dan Check Your Label serta Sukaneka KDB bagi kategori kanak-kanak dan dewasa. Selain itu, pendaftaran ahli adalah secara percuma sepanjang satu hari program ini dijalankan.
Sepanjang program Hari Terbuka ini dijalankan ianya telah mendapat sambutan yang sangat baik dari komuniti sekeliling sekaligus membuktikan bahawa PI Bogag ini sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak dan semoga PI terus memberi manfaat dan ilmu ICT yang berguna kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: